Hebahan Perubahan Tempat MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERLIS MTB KALI KE 7

Sukacita di maklumkan bahawa tempat mesyuarat telah ditukar ke 

Kompleks Sukan Basikal Lasak, Bukit Ayer, Kangar


Mohon semua ahli tolong hebahkan kepada rakan ahli yang lain. Sebarang kesulitan adalah amat dikesali.
Share

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERLIS MTB CLUB KALI KE 7

MTB-Club

 

Kepada

Semua Ahli Jawatankuasa Perlis MTB

Semua Ahli Perlis MTB

Assalamualaikum wrt.wbt. / Salam Sejahtera

YB./ Y Bhg./Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERLIS MTB CLUB KALI KE 7

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PERLIS MTB kali ke6 akan diadakan pada:

Tarikh: 28 April 2012

Masa: 9.00 pagi

Tempat: Pej. DPMM (Belakang CIMB), Jln Penjara, Kangar

Agenda Mesyuarat:

  1. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke 6 tahun 2011.
  2. Menerima Laporan Tahunan bagi tahun 2011.
  3. Membentang dan menerima Laporan Kewangan & Penyata Kira-Kira bagi tahun berakhir 31 Disember 2011.
  4. Membincang usul-usul.
  5. Ucapan Penangguhan.

2.  Semua dijemput hadir ke mesyuarat agung ini. Sebarang usul sila kemukakan samada melalui surat atau emel kepada setiausaha Kelab sebelum 20 April 2012.

Sekian, terima kasih.

“ DIMANA RINTANGAN BUKAN HALANGAN ”

Saya yang menjalankan tugas,

(SOHAIMEE BIN MOHD ZAIN)

Setiausaha  Perlis MTB Club

Share

Green Ride: Kayuhan Kesihatan Dan Selamatkan Planet Anda

 

gr-1-1KANGAR – Sebanyak 480 peserta dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor hari ini mengambil bahagian dalam program “The Green Ride” dengan mengayuh basikal sejauh 42 kilometer sambil menjalankan aktiviti menanam pokok jati.

Program itu diadakan di kawasan Kompleks Basikal Lasak yang terletak dalam kawasan hutan simpan kekal Bukit Bintang di sini sempena perasmian kompleks itu yang disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamallulail.

Kompleks itu yang dibina dengan kos RM1.1 juta dan siap pada pertengahan tahun 2009, antara lain menyediakan laluan basikal lasak dari Kuala Perlis ke Wang Kelian.

Sebelum peserta program dilepaskan di Sungai Batu Pahat di sini, Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut menanam pokok jati.

Terdahulu, ketika berucap merasmikan kompleks itu, Raja Muda Perlis mahu masyarakat memulihara kawasan hutan kerana hutan bukan sahaja menjadi habitat kepada flora dan fauna, malah mengimbangi cuaca bumi dan menjadi pembersih udara.

Baginda bertitah, ketidakseimbangan cuaca boleh diatasi dengan wujudnya hutan yang terpelihara.

“Sesungguhnya rahsia kesejahteraan hidup kita bukan bergantung semata-mata kepada tahap kualiti kesihatan, tetapi juga mengambil kira pelbagai elemen persekitaran yang lain termasuklah peranan hutan,” titah baginda.

Baginda bertitah, sumbangan hutan kepada masyarakat adalah amat besar termasuk mengawal sumber bekalan air dan mengelakkan kejadian tanah runtuh disebabkan hakisan. – BERNAMA

 

Share

GREEN RIDE: TENTATIF PROGRAM

  widget-green-ride

Pendaftaran Peserta dan Pengambilan Jersey :

  • Tarikh: Jumaat – 03/06/2011
  • Jam: 09:00 pg – 12:00 tgh / 03:00 ptg – 07:00 ptg
  • Tempat: Kompleks Sukan Basikal Lasak, Bukit Ayer

Tentatif program 04/06/2011:

  • 7.00 Ketibaan peserta
  • 8.00 Peserta mengambil tempat
  • 8.10  Ketibaan dif-dif Jemputan
  • 8.15 Ketibaan YAB Menteri Besar Perlis
  • 8.20 Keberangkatan tiba DYTM Raja Muda Perlis dan DYTM Raja Puan Muda Perlis 
  • 8.30 Ucapan Aluan YAB Menteri Besar Perlis
  • 8.45 Titah Perasmian oleh DYTM Raja Muda Perlis
  • 8.50 Upacara Peringatan Menanam Pokok/sesi bergambar
  • 9.00 Pelepasan Peserta oleh DYTM Raja Muda Perlis
  • 9.15 Kayuhan DYTM Raja Muda Perlis + VVIP (l/k 4km)
  • 10.30 Kayuhan DYTM Raja Muda Perlis / VVIP tamat
  • 10.35 Santapan pagi
  • 10.50 Keberangkatan balik DYTM Raja Muda Perlis dan DYTM Raja Puan Muda Perlis
  • 10.55 YAB Menteri Besar meninggalkan majlis
  • 11.00 Peserta pertama Green Ride dijangka sampai
  • 11.30 Makan Tengah hari Peserta “Green Ride”
  • 12.00 Bersurai.


Share

Hari Bersama Keluarga di Pantai Sakom, Singgora

all

Hari Keluarga yang pertama diadakan pada tahun 2006 di Muda Resort. Setelah 5 tahun berlalu, akhirnya dengan keizinan Allah, dapat jua diadakan Hari Keluarga yang kedua pada 30 April 2011 – 1 Mei 2011 dengan penyertaan 13 keluarga. Sesungguhnya kekangan dek pelbagai urusan menyebabkan ramai ahli dengan berat hati tidak berkesempatan untuk menyertai. Insya allah dilain kali, Hari Bersama Keluarga akan diadakan lagi.

anak bakar

Tumiskan bahan kisar (sebentar sahaja) dan masukkan cili pes, asam jawa dan santan. Angkat. Gaulkan garam dan gula. Apabila rasanya seimbang, gaulkan ramuan ke atas ikan. Gaul rata. Bakar di atas arang api sehingga wangi. Hidang panas panassss.

pantai-sakom

Pantai Sakom pantai bertelok, sungguh cepat hari mengesok.

Share