Authors

Shoutbox


Loading

WP Shoutbox
Name
Website
Message
Smile
:mrgreen::neutral::twisted::arrow::shock::smile::???::cool::evil::grin::idea::oops::razz::roll::wink::cry::eek::lol::mad::sad:8-)8-O:-(:-):-?:-D:-P:-o:-x:-|;-)8)8O:(:):?:D:P:o:x:|;):!::?:

Shoutbox Northern MTB Bersekutu


ShoutMix chat widget

MTB Event/Jamboree

cycling-events

Visit Graph

Pi Meminang

img_0691-2

03/11/2009; Pagi ni kami ada satu misi . Pertemuan dengan YB Ahmad Bakri, EXCO Pelancongan Kesihatan dan Luar Bandar Negeri Perlis. Kelab diwakili oleh Ustaz Marzukai (Presiden), Sohaimee (s/u 1), Cikgu Fikri (s/u 2) dan Ronn (LO Jamboree) sementara Hj Rashid (Timb. Presiden) tidak dapat turut serta kerana kesihatan tidak mengizinkan. img_0693-2 Sebelum ini, dua minggu nan lalu kami mengunjungi Timbalan SUK Perlis, Encik Ahmad Nasir Bin Khosri untuk menyatakan hasrat mengenai insiatif besar Kelab bagi Negeri Perlis yang sedang dalam perancangan untuk dilaksanakan pada tahun 2010. Penerimaan pihak SUK diatas Kertas Cadangan penganjuran Perlis Mountainbike Jamboree sangat-sangat menggalakkan, membuat kami mengorak langkah seterusnya untuk bertemu dengan YB Bakri bagi menyatakan hasrat melantik beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur. Turut hadir dalam pertemuan adalah En Anuar, Pengurus Besar Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Perlis dan Puan Nor’Ashikin bt Haron , Pengarah Negeri Tourism Malaysia Perlis.  YB telah menyatakan persetujuan untuk mempengerusikan jawatankuasa penganjur dan telah mengemukakan beberapa cadangan bagi mengukuhkan lagi penganjuran jamboree sulong ini.img_0697-2

Ride up NorthHari ini dengan rasminya diumumkan bahawa Perlis MTB Club akan menganjurkan Perlis Mountainbike Jamboree 2010 dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis dan Jabatan Pelancongan Negeri Perlis yang akan diadakan pada 14 Mac 2010. Kami akan cuba sungguh-sungguh untuk menjadikan Ride Up North antara Jamboree yang terbaik dan meninggalkan impak positif kepada peserta dan Negeri Perlis. Pengalaman menyertai jamboree-jamboree yang lalu akan kami manafaatkan. Sumbangan dan cadangan dari kawan-kawan amat dialu-alukan.

Perjumpaan kami yang bermula jam 10.00 pagi selesai pada pukol 11:30 pagi. Kami berempat singgah sekejap disebuah kedai makan di Seriab untuk minum sambil merangka langkah selanjutnya. Beberapa perkara yang perlu dicapai hujung bulan ini telah dipersetujui. Sesampai saja dirumah jam 12:15 tengah hari, PC dibuka untuk update perlismtb.com, ada satu permohonan online untuk menjadi ahli dari Ahmad Bakri bin Dato Ali. Permohonan ini dibuat pada jam 12:02pm.

……..; kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan; ……..

6 comments to Pi Meminang

  • huh ! Said TRJ tuuuu nak tempah baju sahaja, bukan dia nak ride he he he ! adehhhhhhh !

  • Long Mie

    Said TRJ,

    Kad jemputan tak boleh edar selagi Jersey Pengantin tak ditempah. Kat SP ada ke tempat buat jersey yg cun tapi murah lagi cantek menawan … ;)
    Terima kasih atas sokongan kawan-kawan. Buat kami lebih bersemangat …

  • said TRJ

    Peminangan telah dibuat,
    kad jemputan bolehlah
    diedar……
    kami akan sokong sepenuhnya
    betui dak Cik Ly……?

  • Long Mie

    Ramly,
    Terima kasih kerana selalu suntik steroid pada kami. Dulu masa mula-mula main beskal, tujuan untuk senaman sebab jogging dah tak boleh kerana lutut rosak akibat bertahun main bolatampar.
    Rupanya aktiviti ini ada pleasant side effect, terutama pada emosi, attitude dan social life.

    “Biar gagal mencuba, jangan gagal tidak mencuba – ;)

    DIMANA RINTANGAN BUKAN HALANGAN

  • Tahniah ~ saya amat tertarik dgn ’sentuhan terakhir’ pada banner huruf ‘HURUF RIDE UP NORTH’ yg dipenuhi ’selut’…. kreatif ! Peringatan atau satu ’signal’ bhwa kayuhan ini pasti hebat.

    SaudaraKu : Tidak siapa pun yang “merancang untuk gagal tetapi ramai yang gagal merancang.”

    Go For It !

    salam

  • Fikri

    Bang Bang Boom,
    Harap kenkawan semua bantulah menjayakan xtvt ini sebaik mungkin.
    Kejayaan dan kemeriahan ini anda tentukan kerana yang jadi hakimnya adalah tuan puan semua…

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>