Authors

Shoutbox


Loading

WP Shoutbox
Name
Website
Message
Smile
:mrgreen::neutral::twisted::arrow::shock::smile::???::cool::evil::grin::idea::oops::razz::roll::wink::cry::eek::lol::mad::sad:8-)8-O:-(:-):-?:-D:-P:-o:-x:-|;-)8)8O:(:):?:D:P:o:x:|;):!::?:

Shoutbox Northern MTB Bersekutu


ShoutMix chat widget

MTB Event/Jamboree

cycling-events

Visit Graph

Pendaftaran “RIDE UP NORTH”: Perlis Mountain Bike Jamboree 2010

run-title

Registration is now open.

Setelah berbulan memerah keringat …. maka tibalah masanya kami mengumumkan bahawa pendaftaran RIDE UP NORTH dibuka mulai hari ini. Kepada kekawan, peminat dan penggemar mountain biking, Ini adalah program khusus untuk anda semua. Sila sebarkan kepada rakan dan taulan. Pendaftaran dibuka mulai 04 Disember 2009 dan ditutup pada 31 Januari 2010. Yuran penyertaan RM50.00.

After months of preparation …the time has come. Announcing for you the RIDE UP NORTH’s registration. Spread the word to your cycling buddies! Registration opens on the 4th December 2009 and closes on 31st January 2010. We look forward to see friends, familiar faces and acquaint with new ones.

Download pdfMuat turun borang.

Sepintas lalu

Kelab Mountain Bike Negeri Perlis (selepas ini dikenali dengan Perlis MTB Club) di bawah Penaung Program DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (Raja Muda Perlis) dengan kerjasama  Kerajaan Negeri Perlis di bawah Exco Pelancongan dan Kesihatan, dan Exco Belia, Sukan, Kebudayaan, Kesenian, Sumber Manusia dan Perpaduan, dengan bangganya mengumumkan Program Perlis Mountain Bike Jamboree 2010 yang akan berlangsung pada 14 Mac 2010 akan datang. Pogram ini merupakan julung-julung kali diadakan di Negeri Perlis ini, walaupun sebelum ini beberapa acara besar melibatkan kayuhan basikal telah diadakan, seperti  Perlis Open, Malaysia, (Road Race) setiap tahun, …. Namun ia bersifat perlumbaan (racing) basikal on-road (road bike).

Kayuhan Basikal bukit secara off-road,  dengan konsep Jamboree merupakan pertama kali di negeri Perlis yang indah lagi mempersona. Kami menjangka  program ini bakal menjadi tarikan kepada penggemar basikal bukit untuk berkunjung ke Negeri Perlis dan menyertai program ini di samping menikmati keindahan panorama yang tiada tolok bandingnya. Lebih seribu peserta dijangka akan  berhimpun di perkampongan Kampus Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Ulu Pauh, venue utama Program Jamboree Perlis MTB 2010.

Objektif  utama jamboree ini ialah untuk menghimpun peminat mountain bike di seluruh negara termasuk negara-negara jiran untuk saling berkenalan dan menikmati kayuhan dengan latar belakang trek berbukit bukau dan alam semulajadi yang masih terpelihara. Di samping itu kami juga berharap ia akan menjadikan Perlis sebagai destinasi pelancongan berasaskan sport tourism.

RIDE UP NORTH adalah tag-line gambaran satu-satunya program kayuhan MTB yang menyediakan keunikan tersendiri sesuai sebagai negeri yang paling utara di semenanjung  Malaysia dan mempunyai tiga (3) pintu masuk antarabangsa dengan negara jiran Thailand. “Berbasikal, bersosial, off-road, alam semulajadi, berbukit bukau, lasak,  dan keharmonian menjadi elemen penting kepada RIDE UP NORTH itu sendiri.

Kami sangat yakin Perlis Mountain Bike Jamboree 2010 ini akan memahat sejarahnya  tersendiri  dan akan meninggalkan seribu kenangan manis yang tak mungkin dilupakan oleh  peserta-peserta kayuhan dan penganjur secara kekeseluruhan.

PERLIS MOUNTAIN BIKE JAMBOREE 2010; menerima impak besar dengan penglibatan segenap pihak  dalam penganjuran, terutama dengan Perkenan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis menjadi penaung kepada Program ini, sekaligus meletakkan event ini pada suatu tahap tersendiri, unik dan penuh dengan simbolik kepada sukan basikal bukit (mountain bike). Sokongan dan dokongan YB Ahmad Bakri Dato’ Ali (exco Pelancongan dan Kesihatan) dan YB Abdul Jamil Saad (Exco Belia,  Sukan, Kebudayaan, Kesenian, Sumber Manusia dan Perpaduan ) dan Agensi-agensi kerajaan, Negeri dan Persekutuan dalam menjayakan program ini  memberi  inspirasi tidak terhingga kepada kelab MTB Perlis dan  khalayak peminat mountain bike seluruhnya.

Overview

Perlis Mountain Bike Club (hereinafter known as Perlis MTB Club) under the Patronage of the program, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni  Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (Raja Muda Perlis) in collaboration with the Perlis State Government under the Exco of Tourism and Health and the Exco of Youth, Sports, Culture, Arts, Human Resources and Unity, proudly announced the Perlis Mountain Bike Jamboree 2010 which will be held on 14th of March, 2010. This program is the first to be held in Perlis although there were numerous cycling programs involving large scale participants were held in Perlis annually such as the Perlis Open which was more toward on-road cycling and racing.

Off-road mountain biking with the jamboree concept is the first program to be held in the magnificent state of Perlis. We anticipate this program will appeal to riders of mountain bike to visit the wonderful hill state of Perlis and participate in this program as well as to enjoy the panoramic view of the Perlis. More than a thousand participants are expected to assemble at the campus of Polytechnic Tuanku Syed Sirajuddin, Ulu Pauh, the main venue of Perlis MTB Jamboree 2010.

The main objective of this jamboree is to gather mountain bikers nationwide plus the fans of mountain bike in the neighbouring country, Thailand to get acquainted and enjoy cycling in the beautiful scenery along the track of hills and nature that are still well preserved. Moreover, we are hoping this jamboree will be able to promote Perlis as a tourist destination based on sports tourism.

RIDE UP NORTH is the tagline of the sole program that has its own uniqueness as the most northern state in Peninsular Malaysia which has three international gateways with Thailand. Cycling, socializing, off-road, nature, hills, tough and harmony become the important elements to the tagline itself.

We are very confident Perlis MTB Jamboree 2010 will carve its own history and will leave unforgettable memories to the participants and the organizers of the program. Perlis MTB Jamboree will be receiving great impact with the involvement of all parties in the organizations especially with the Assent DYTM Majesty Raja Muda Perlis becoming the patronage of the program thus putting this event to a new level, unique and full of symbolic to the sports mountain bike itself. The supports and concerns by the Exco of Tourism and Health , YB Dato Ahmad Bakri Ali and YB Abdul Jamil Saad as the Exco of Youth, Sports, Culture, Arts, Human Resources and Solidarity, government agencies, the state of Perlis and Persekutuan to make this program a success will inspired not only the club but the whole fan of mountain biking.run-banner

13 comments to Pendaftaran “RIDE UP NORTH”: Perlis Mountain Bike Jamboree 2010

  • Salam… Ramai rider akan bermalam di politeknik mlm sebelum event… tak ada apa-apa program ke malam tu… Lagi satu cuaca la ni cukup panas… Dan semua org tau Chuping antara tempat paling panas di Malaysia… nak papatkan info sejelas-jelasnya…Bukit Botak banyak ka ?

  • Long Mie

    bud@k BaRu : )

    Giatkan training :)
    Cuba habiskan semua CP :P
    kalu emergency ada chicken loop ;)

  • bud@k BaRu : )

    40++…
    ++ 2 mksudnye pe….
    klu lebey 40 agak2 smpi 50 km x..? :)

  • Long Mie

    bud@k BaRu : )

    Jarak dalam 40 ++. Masih ada masa lagi utk training :)

  • bud@k BaRu : )

    tumpang tanya.. trek brp KM…?
    (jgn pnjg2 sgt..semput bai..)

  • Long Mie

    Erwan Giller,

    Panitia trail sedang finilize … dijangka siap dalam 2-3 minggu

  • Erwan Giller

    dari mana ke mana?~

  • Long Mie

    Wa alaikumusalaam Johari dan Chor Nizam

    Peta trail ngan profail akan dipublish dalam masa 2, 3 minggu lagi. Yang pasti ada tarmac, off road ada roller coaster, daki sikit sikit downhill sikit-sikit dan tolak sikit sikit, ada bukit botak ada bukit aircond, ada ladang tebu, ada kebun getah, ada ladang kelapa sawit. Trail nya double track, insyallah tidak macet.

    Chor, teman nak kabor, kalu kome sayang bini – tinggal-tinggalkan, sayangkan anak – tangan-tangankan, sayangkan bsikal – tuntun-tuntunkan … hehehhe :P

  • chor nizam

    yob teman nak tanye trek kome ade macam tepen punye ker, kalu srupe jgn 100% 50% srupe udah ler, jenoh teman merepair bsikal

  • Salam,

    Kalau boleh upload kat website ni file GPS track jamboree ni. (Garmin/Googlemap). Bukan apa Kalau track tu panjang atau berbukit tinggi kenalah bersedia lebih skit. Almaklum saya ni baru mencebur bidang beskal gunung.

    Johari
    Kelab 6.8K Ampang

  • Long Mie

    Mullahsot,
    Terima kasih kerana sudi bertandang ke Utara tanah air. Kesanggupan kawan-kawan dari jauh menyertai Jamboree ini menjadi satu rangsangan kepada kami untuk berusaha lebih kuat bagi menjayakan program ini. Kami berjanji akan menyediakan trail yang boleh digapai oleh semua peringkat pengayuh …… Saiz Jersey, insyallah kilang ada ukuran XXXXXL …. :)

  • mullahsot

    salam…terima kasih kerana kepada PERLIS MTB untuk menganjurkan jamboree RIDE UP NORTH.. insyyallh,sy dan rakan dari klang, akan datang ke perlis untuk bersama-sama memeriahkan jamboree perlis pada bulan march ini…diharapkan semuanya berjalan lancar….
    *harap saiz jersey buat besar2 skit…(geng ada yg berbadan besar-bukan berbadan dua. heheee…)
    sotmullahdanbasikalnya.blogspot.com

  • Fikri

    Sekalung tahniah kepada semua pihak yang bersusah payah menjadikan ianya berjaya ke tahap ini…

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>