
Latar belakang Kelab MTB Perlis
Pertengahan tahun 2004, bermula dengan sekumpulan kecil individu yang sudah penat dengan pelbagai jenis sukan , tetapi semacam ada kekurangan dalam gaya kehidupan sihat ini, dan kemudian bergerak pula menghimpun rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama, berbasikal pada waktu petang dan hujung minggu sebagai aktiviti riadah dan sosial sambil menikmati keindahan panorama alam semulajadi. Berbasikal merentasi denai, sawah padi dan belukar, dan kemudian bertukar menjadi aktiviti kayuhan lasak dan exstrim, di hutan, bukit dan gunung. Kadang-kadang bermalam dan berkhemah di kaki bukit dan hutan. Kami menjelajah di segenap tempat yang menjanjikan cabaran dan pengalaman baru, akhirnya… kumpulan ini tanpa disedari telah bertukar menjadi sebuah keluarga besar yang sangat rapat, memahami hati budi antara satu sama lain. Menjelang hujung minggu pasti saja ada aktiviti diatur samada kayuhan separuh hari atau bermalam, berkumpulan atau berkeluarga dengan niat untuk beriadah, bersosial, dan menikmati tempat-tempat menarik di sekitar negeri-negeri utara Semenanjug Malaysia.

Wang Perah: 19 Mei 2004
Penghujung tahun 2004, setelah berakhirnya musim tengkujuh, kami mengatur kayuhan menjejaki kesan-kesan banjir ke destinasi Hutan Simpan Bukit Perangin, Wang Perah, Sintok, Kedah, di mana terletaknya Air Terjun Tujuh Tingkat. Tempat ini digelar sebagai puncak pentaulihan mountain biking kerana bagi kami tidak sempurna berbasikal tanpa sampai ke sini. Ia memiliki segala sifat dan keunikannya sesuai dengan nature mountain biking itu sendiri. Ahli-ahli baru akan dibawa untuk menikmati keindahan semulajadinya, trek yang menguji ketabahan dan kesabaran , solidarity, dan tentunya adrenalin kami. Berbukit bukau yang kaya dengan flora dan fauna, hidupan liar yang masih boleh disaksikan sendiri (sekiranya bernasib baik). Menyeberangi anak-anak sungai, dan mendaki ke “Puncak Banjaran ” untuk menikmati percikan “Air Terjun Tujuh Tingkat” dari tebing setinggi seratus meter… Ohhh, indahnya …hampir saja apabila wujud matahari nampaklah pelangi dari celah-celah pokok yang tumbuh pada tebing batu air terjun itu… Bawalah apa saja makanan pasti lazat dan habis… Di sini kami pasrah dan redha, mountain biking jiwa sukan kami, membawa kami jauh ke dalam hutan dengan udara bersih, damai, tenteram dan jauh dari kesibukan kota. Di sinilah akhirnya idea menjadikan kumpulan ini sebagai sebuah kelab berdaftar di cetuskan. Tiada tujuan lain kecuali mahu berkongsi kegembiraan dan kenikmatan sukan ini bersama.
Menjelang bulan 31 Januari tahun berikutnya (2005), lahirlah sebuah kelab dengan nama glamornya Perlis MTB, Kelab Pemilik Basikal Bukit Perlis, (Perlis Mountain Bikes Association) melalui pengurniaan Sijil Daftar Pertubuhan (No.0088-05-1) di sebuah hotel terkemuka Kangar Perlis oleh Pengarah Daftar Pertubuhan Malaysia. Rasmilah ia sebagai sebuah Persatuan /Kelab yang bergerak aktif, menerokai pelbagai bentuk sukan berbasikal ; off-road, on-road, cross-country, up-hill, down-hill, night-riding, traveling, touring, merentasi sempadan negara jiran dan menyertai pelbagai acara berbasikal hingga ke hari ini.
Merenung kepada usianya yang mencecah hampir lima tahun, setelah melalui pelbagai onak dan duri, cabaran berbukit bukau kami harungi bersama, seperti juga sukan mountain bike itu sendiri; janggallah sekiranya nama-nama seperti mereka ini tidak disebut; Bidi, Hj Rashid, Sohaimee, Cikgu Fikri, Hj. Shuib, Azam, Ron, Man KTM, Norman, Meo, Mail, Pak Non, Salehuddin, Aznal, Shuhaizi, Che’ Ros, dan ramai lagi yang tak mungkin dapat disebut keseluruhannya, kerana mereka adalah tulang belakang serta jiwa kepada persatuan ini.
Background of Perlis MTB
Mid-2004, it started as a small group of individuals who got quite tired of indoor sports and noticed something ‘missing’ despite the healthy lifestyle. They then started to gather friends who shared the same view and interest. That was, cycling in the evening and weekends as a way of exercising and socializing while enjoying the panoramic beauty of nature. We cycled across paddy fields, shrubs, forests, hills and even mountains. Weekend cycling then was expanded into extreme off-road expedition plus camping for a few nights at foothills in various forests. We explored places that promises new challenges and experiences. Finally … this so-called group started to become more like a family. Every activities we held had enabled us to understand each other better. Weekends became the most awaited moment to carry out programmes, be it half-day cycling or night-camping and viewed the most beautiful places around the northern states of Peninsular Malaysia.
At the end of 2004, after the monsoon season, we organized an expedition to view the the Wang Perah Waterfall which is situated at Bukit Perangin forest reserve. This place is regarded as the peak of accreditation in our own ‘world’ of mountain biking due to it’s qualities and uniqueness that really suits the nature of the sport itself. New members that joined us

Wang Perah: 19 May 2004
will be brought here to enjoy the beauty of nature after an ultimate battle of man versus machine, on narrow track that tests their patience and endurance as mountain bikers, solidarity, and their adrenalin, of course. This spot offers astounding geological and biological diversity. With flora and fauna in abundance, wildlife can be seen with your own eyes if you’re lucky. The view from the summit is magnificently breathtaking. We could savour the cool mist of the spray while watching the rainbow through the trees. In this pristine heaven we do what we liked best and what we loved most.
Almost reaching it’s fifth anniversary, the club itself had been through several ups and downs just as the sport itself. We managed to overcome all difficulties due to helping hands from friends (it would be extremely awkward not to mention their names) such as Bidi, Haji Rashid, Sohaimee, Cikgu Fikri, Haji Shuib, Azam, Ron, Man KTM, Norman, Meo, Mail, Pak Non, Salehuddin, Aznal, Shuhaizi, Che Ros and the list goes on and on. What most important is, we stand united as one and every member is the backbone and soul to this association.
By: Marzukai Ibrahim




Salam untuk semua…
‘The Soul of Perlis MTB’ symbolizes the naturalness of Perlis MTB club.
SUATU KENANGAN INDAH UNTUK DIKONGSI BERSAMA…
TANPA KAYUHAN, TIADALAH IA…
RUN adalah manifestasi keujudan 5 tahun PERLIS MTB ..