Authors

Shoutbox


Loading

WP Shoutbox
Name
Website
Message
Smile
:mrgreen::neutral::twisted::arrow::shock::smile::???::cool::evil::grin::idea::oops::razz::roll::wink::cry::eek::lol::mad::sad:8-)8-O:-(:-):-?:-D:-P:-o:-x:-|;-)8)8O:(:):?:D:P:o:x:|;):!::?:

Shoutbox Northern MTB Bersekutu


ShoutMix chat widget

MTB Event/Jamboree

cycling-events

Visit Graph

Deskripsi Laluan Kayuhan : Ride Up North 2010

Deskripsi Laluan Kayuhan : Ride Up North 2010

           Jamboree Perlis : Ride Up North 2010 akan bermula dengan permukaan tar yang akan bergerak menuju ke lebuhraya Kuala Perlis-Changlun dan akan membelok ke jalan perkampungan. Seterusnya laluan off-road bermula kearah Ladang Tebu dangan keadaan trek dua laluan (double track). Laluan ini mempunyai permukaan yang agak landai (cross-country) dengan pendakian ringan (light climb). Apabila memasuki ladang tebu permukaan mukabumi kebanyakannya tanah dan batu yang longgar (loose gravel) dan permukaan jongkang jongket (roller coaster). Sebelum pengayuh menyeberangi jejantas di Felda Laka Selatan hidangan pendakian yang pendek (short climb) dan turunan bukit yang panjang mengelilingi lereng bukit ladang getah akan dinikmati dan permukaan mukabumi dikawasan ini adalah berbatu kecil dan berakar.

          Berikutnya para peserta akan mendaki dilaluan lereng ladang getah dan penurunan bukit sejauh dua kilometer dan sejurus selepas itu pendakian pendek dan sedikit curam sebelum memasuki laluan untuk ke puncak tertinggi dimana sebelum mencapai puncak ini terdapat laluan penurunan bukit yang sedikit curam tetapi pendek. Selepas puncak tertinggi adalah masa untuk hidangan penurunan bukit yang paling panjang iaitu sejauh tiga kilometer. Kawalan kelajuan adalah penting bagi mengelakkan tersasar laluan (overshoot). Sebelum penamat laluan merentas desa akan dilalui sehinggalah satu pendakian terakhir yang pendek dan penurunan bukit yang sederhana panjang sebelum tiba ke laluan penamat di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.   

          Secara keseluruhannya laluan peserta untuk Ride Up North boleh direntasi oleh semua lapisan pengayuh. Tayar bersaiz 26 x 1.95 – 26 x 2.25 boleh digunakan dan bersesuaian untuk acara ini. Laluan untuk Ride Up North 2010 boleh dikategorikan sebagai XC-AM.

by Sir Chan of NXT

21 comments to Deskripsi Laluan Kayuhan : Ride Up North 2010

  • Harap tak hujan time tu..kalau tak jadi cam Monsoon ride kat Semuji Resort..berdene jalan. Pertanyaan utk otai2..berapa average masa org buat utk trek ni (utk average rider)? 3 jam?..

  • AYIN

    LAYANAN PASTI YG TERBAIK KAMI SAJIKAN FLAG OFF VIP UNTUK ANDA SEMUA TAK GITU BUNG MEE

  • kudo besi

    salam tn….brape km tu? nak pulun training ni…beginner@first timer…

  • Long Mie

    Zam MTB,
    Bukan senang jadi penganjur dan kami amat memahami rintangan dan halangan. Yang buruk jadikan sempadan Yang baik jadikan tauladan. Permohonan maaf adalah satu tindakan lambang ketulusan hati.

  • Kawat09 kan sudah minta maaf kpd semua ahli MTB ada apa nak kutuk org…poe

  • kalau nak trek senang jgn msk jamboreelah poe tpi jgn kutuk tpg pulak sudah camtu alam semula jadi byk bkt bukau….

  • Long Mie

    bud@k BaRu : )

    Kami bekerja kearah 1300 penyertaan ;)

  • bud@k BaRu : )

    long Mie.
    penyertaan da limit x…

  • Long Mie

    zangerekbatu ,

    Profail dan gps map akan dipublish tak berapa lama lagi…aikkk .. nak rancang strategi paaa….. ;)

  • zangerekbatu

    salam, graf mukabumi ada kt x? bkn apa takut tlajak sampai ‘redline’ plk…

  • emasperlis

    pendaftaran “ride up north” makin panas!!!!! sepanas belah pagi bukit botak…..belah tengahari kita adjust tarak panas…di laluan canopy bukit aircond pulak…he..he

  • Long Mie

    DAAT,

    Itu lah semangat pengayuh tegar … :)
    Terima kasih kerana menyertai …
    Mai lepaskan geram …. lurah sama dituruni … bukit sama dituntuni .. ;)

  • salam… group kami KBS Team (Kayuh Bagi Sampai) dh daftar… tp sebab hari ahad kami kt kedah nie kerja harap2 bos lepaskan kamilah sebab st opis… tp apa jd pun insya allah kami sampai… Kwn yg pi KAWAT dulu pun nak lepas geram ni… apapun tahniah!

  • Long Mie

    Doha,

    Forty plus plus …. ;)

  • salam.. berapa KM aikh..

  • Long Mie

    alongCBR,

    Terima kasih atas rangsangan, memang banyak rintangan menjadi penganjur. Simpati kami pada penganjur KAWAT09. Buat kami hati-hati dan usaha giat utk memuaskan hati tetamu … :)

  • alongCBR

    Harap RUN jadi antara jamboree yg terbaik for 2010…jgn jadi mcm KAWAT09..itu jamban namanya..gud luck folks!!!

  • Long Mie

    Poe,

    Ayaq yang disediakan jenis lembut je. Jenis yg keras takut hangpa downhiul ke Danok, Siam ;)

  • Long Mie

    Sampan,

    Memang menjadi hasrat kami supaya semua peserta enjoy berkayuh, bekalan air yg mencukupi, petugas trail yg sentiasa bersedia utk membantu, jersey yang cantik dan trail yang memuaskan hati walaupun penat. Kami dah jenuh jadi peserta jamboree, kali ni kami pula nak melayani tetamu :)

  • Poe

    Tengok pada treknya…… mcm ni baru lah di panggil Jamboree……x mcm tu ari (Tpg)….. tu di pggl JEBON…kat CP…hidangan ayaq apa yg ada?air sirap ?air sejuk ,x pun.air tebu….

  • Sampan

    Tahniah…
    Trek nampak cun!!
    Cuma harap2 penganjur nanti mesra alam
    Semoga jamboree ini menjadi kenangan manis

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>