Authors

Shoutbox


Loading

WP Shoutbox
Name
Website
Message
Smile
:mrgreen::neutral::twisted::arrow::shock::smile::???::cool::evil::grin::idea::oops::razz::roll::wink::cry::eek::lol::mad::sad:8-)8-O:-(:-):-?:-D:-P:-o:-x:-|;-)8)8O:(:):?:D:P:o:x:|;):!::?:

Shoutbox Northern MTB Bersekutu


ShoutMix chat widget

MTB Event/Jamboree

cycling-events

Visit Graph

Jiwa Perlis MTB

 

logo-perlis-mtb

Latar belakang  Kelab MTB Perlis

Pertengahan tahun 2004, bermula dengan sekumpulan kecil individu yang sudah penat dengan pelbagai jenis  sukan , tetapi semacam ada kekurangan dalam  gaya kehidupan sihat ini, dan kemudian bergerak pula menghimpun rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama, berbasikal pada waktu petang dan hujung minggu sebagai aktiviti riadah dan  sosial sambil  menikmati keindahan panorama alam semulajadi. Berbasikal merentasi denai, sawah padi dan belukar, dan kemudian bertukar menjadi aktiviti kayuhan lasak dan exstrim, di hutan, bukit dan gunung. Kadang-kadang  bermalam dan berkhemah di kaki bukit dan hutan. Kami menjelajah di segenap tempat  yang  menjanjikan cabaran dan pengalaman  baru, akhirnya… kumpulan ini tanpa disedari telah bertukar  menjadi  sebuah keluarga  besar yang sangat rapat, memahami hati budi antara satu sama lain. Menjelang hujung minggu pasti  saja ada aktiviti diatur samada kayuhan separuh hari atau bermalam, berkumpulan atau berkeluarga dengan niat untuk beriadah, bersosial, dan menikmati tempat-tempat menarik di sekitar negeri-negeri utara Semenanjug Malaysia.

Penghujung  tahun 2004, setelah berakhirnya  musim tengkujuh, kami  mengatur kayuhan menjejaki kesan-kesan banjir  ke  destinasi  Hutan Simpan Bukit Perangin, Wang Perah, Sintok, Kedah, di mana terletaknya Air Terjun Tujuh Tingkat. Tempat ini digelar sebagai puncak pentaulihan mountain biking kerana bagi kami tidak sempurna  berbasikal tanpa sampai ke sini. Ia memiliki segala sifat dan keunikannya sesuai dengan nature mountain biking itu sendiri. Ahli-ahli baru akan dibawa untuk menikmati keindahan semulajadinya, trek yang menguji ketabahan dan kesabaran , solidarity, dan

Wang Perah: 19 Mei 2004

Wang Perah: 19 Mei 2004

tentunya  adrenalin kami. Berbukit bukau yang kaya dengan flora dan fauna, hidupan liar yang masih boleh disaksikan sendiri (sekiranya bernasib baik). Menyeberangi  anak-anak  sungai, dan mendaki ke “Puncak Banjaran ”  untuk menikmati  percikan “Air Terjun Tujuh Tingkat” dari tebing setinggi seratus meter… Ohhh, indahnya …hampir saja apabila wujud  matahari nampaklah pelangi dari celah-celah pokok yang tumbuh pada tebing batu air terjun itu…  Bawalah apa saja  makanan  pasti lazat dan habis… Di sini kami pasrah dan redha, mountain biking  jiwa sukan kami, membawa kami jauh ke dalam hutan dengan udara bersih, damai, tenteram dan jauh dari kesibukan kota. Di sinilah akhirnya  idea menjadikan kumpulan ini sebagai sebuah kelab berdaftar di cetuskan. Tiada  tujuan lain kecuali mahu berkongsi kegembiraan dan kenikmatan sukan ini bersama.

Menjelang bulan 31 Januari  tahun berikutnya (2005),  lahirlah sebuah kelab dengan nama glamornya Perlis MTB,  Kelab Pemilik Basikal Bukit Perlis,  (Perlis Mountain Bikes Association) melalui pengurniaan Sijil Daftar Pertubuhan (No.0088-05-1) di sebuah hotel terkemuka Kangar Perlis oleh Pengarah Daftar Pertubuhan Malaysia. Rasmilah ia sebagai sebuah Persatuan /Kelab yang bergerak aktif, menerokai pelbagai bentuk sukan berbasikal ; off-road, on-road, cross-country, up-hill, down-hill, night-riding, traveling, touring, merentasi sempadan negara jiran dan menyertai pelbagai acara berbasikal hingga ke hari ini.

Merenung kepada usianya yang mencecah hampir lima tahun, setelah melalui  pelbagai onak dan duri, cabaran  berbukit bukau  kami harungi bersama, seperti juga sukan mountain bike itu sendiri; janggallah sekiranya nama-nama seperti mereka ini tidak disebut;  Bidi, Hj Rashid, Sohaimee, Cikgu Fikri, Hj. Shuib, Azam, Ron, Man KTM, Norman, Meo, Mail, Pak Non, Salehuddin, Aznal, Shuhaizi, Che’ Ros, dan ramai lagi yang tak mungkin dapat disebut keseluruhannya,  kerana mereka adalah tulang belakang serta jiwa kepada persatuan ini.

by: Marzukai Ibrahim